Friday, September 28, 2012

#Aktiviti Tahun 2012….dan teeetttttttt


Assalammualaikum…….

Sesungguhnya walaupun tahun ni belum habis lagi, ada orang kata 2012 adalah tahun keramat. Aku tak ambik kesah semua tuh, aku cuma percaya pada Allah s.w.t bukan tak percaya pada kajian nomad ataupun yang ditetapkan dalam kalendar tamadun purba, tapi aku berpegang teguh pada ajaran-Nya dan percaya pada takdir…
Berbalik kepada entry aku di malam yang begitu indah ini, sambil-sambil tunggu dia yang sedang makan di jamuan makan malam , aku ingat nak buat entry pasal tahun ni…antara perkara yang best dan terbaik hahaha


Pertamanya, tahun ni budak kat atas ni dah masuk Program baharu iaitu Program Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan aku kini dalam fasa terakhir semester 2 setelah selesai dengan asaimen yang ku cintai..hahaha kini tinggal fasa peperiksaan…

Dan mula melakukan aktiviti Bina Insan Guru (BIG), kat Perak..best ohhhh hihihi, gambar ni waktu berkayak (tak kan main bola pula kan??) pengalaman paling best pernah aku tempuhi sepanjang bergelar guru pelatih. Even aku tak pandai berenang, aku tempuhi dengan tabah =.=”

Moment yang best iaitu setelah sekian lama tak pegang benda yang kat pinggang tuh, Drum…sejak sekolah rendah akhirnya aku dapat menyentuhnya semasa di IPG ni, pergh habis semua skill aku hilang dek di telan zaman… nasib2x =.=” owh ya waktu ni masa sukan peringkat IPG aku…

Seterusnya, ber-PBS kat sekolah lama aku, bagi yang tak tau apa itu PBS..PBS adalah Pengalaman berasaskan Sekolah. Kira macam praktikal bezanya tak mengajar dan cari maklumat mengenai sekolah tersebut. Seminggu kat sekolah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Lastnya(sebenarnya banyak tapi bagi cikit2 lar)hahaha…senyuman seseorang itu tidak menampakkan perasaan sebenar individu tersebut. Aku lalui semua itu di tahun ini, namun semua sudah berakhir Allah s.w.t telah merancang yang terbaik untuk aku, dengan hadirnya dia dalam hidup aku kini…dan senyuman ini kini tetap diukir setiap hari kerana ada dia di sisi(cewah XD)…percaya semua perkara yang terjadi ada hikmahnya dan aku percaya itu kini…alhamdulillah….

Akhir kata dari insan yang lemah ini…hati yang tenang datangnya dari akal yang sihat dan jiwa yang mantap yer…(renung-renungkan dan selamat beramal)-tiba2 ni hahaha

Budak-budak makan megi kari,
Nanti ada idea aku taip lagi…

p/s kelas tadi belajar buat pantun hahaha