Sunday, September 30, 2012

#UAK=AkuGenius


Assalamualaikum…

Minggu depan UAK(Ujian Akhir Kursus) dan esok Kuiz Mab, tapi aku masih update entry fuh =.=” kerana, blog dirimu begitu berharga hahaha…. Okfine aku malam ni aku start study ok??hahaha UAK dan aku genius? Baiklah aku terangkan yer…..

Aku genius… dalam bab


Tidur…perkara paling penting dalam hidup insan bernama Azrie, fuh nikmat kot dapat tidur dan ditambah dengan bangun lewat(perkara yang diharapkan esok pagi). Kadang-kadang bila dalam kelas kalau, subjek tuh yang paling ‘disukai’ confirm aku rebah jatuh ke atas muka meja..hahaa…sorry its not my fault(rasa bersalah ok bila tertidur dalam kelas =.=)

dengan rakan....

Bergambar…haha muka tak fotogenik macam model dan sesetengah kawan aku, but bila aku bergambar, aku sedar aku ada personaliti yang berlainan…nak tahu kenapa???klik ini…..http://bicaraazrie.blogspot.com/2012/01/sudut-personaliti.html


Bloging…..yup, blog untuk lepaskan tension…hahaha tak banyak pun yang aku buat just blog walking dan customize blog aku ni hahaha….

Sebenarnya banyak lagi yang aku genius tapi biarlah rahsia..hahaha nanti-nanti aku taip..tapi aku tahu aku kena berusaha untuk berjaya, jadi nak tak nak aku kena study juga, cuma bukan pada masa ini. Aku akan pastikan aku berjaya untuk kuiz esok dan exam akan datang.
Itu jak untuk kali ini….


p/s : study itu penting….saya tahu itu…..

Friday, September 28, 2012

#Aktiviti Tahun 2012….dan teeetttttttt


Assalammualaikum…….

Sesungguhnya walaupun tahun ni belum habis lagi, ada orang kata 2012 adalah tahun keramat. Aku tak ambik kesah semua tuh, aku cuma percaya pada Allah s.w.t bukan tak percaya pada kajian nomad ataupun yang ditetapkan dalam kalendar tamadun purba, tapi aku berpegang teguh pada ajaran-Nya dan percaya pada takdir…
Berbalik kepada entry aku di malam yang begitu indah ini, sambil-sambil tunggu dia yang sedang makan di jamuan makan malam , aku ingat nak buat entry pasal tahun ni…antara perkara yang best dan terbaik hahaha


Pertamanya, tahun ni budak kat atas ni dah masuk Program baharu iaitu Program Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan aku kini dalam fasa terakhir semester 2 setelah selesai dengan asaimen yang ku cintai..hahaha kini tinggal fasa peperiksaan…

Dan mula melakukan aktiviti Bina Insan Guru (BIG), kat Perak..best ohhhh hihihi, gambar ni waktu berkayak (tak kan main bola pula kan??) pengalaman paling best pernah aku tempuhi sepanjang bergelar guru pelatih. Even aku tak pandai berenang, aku tempuhi dengan tabah =.=”

Moment yang best iaitu setelah sekian lama tak pegang benda yang kat pinggang tuh, Drum…sejak sekolah rendah akhirnya aku dapat menyentuhnya semasa di IPG ni, pergh habis semua skill aku hilang dek di telan zaman… nasib2x =.=” owh ya waktu ni masa sukan peringkat IPG aku…

Seterusnya, ber-PBS kat sekolah lama aku, bagi yang tak tau apa itu PBS..PBS adalah Pengalaman berasaskan Sekolah. Kira macam praktikal bezanya tak mengajar dan cari maklumat mengenai sekolah tersebut. Seminggu kat sekolah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Lastnya(sebenarnya banyak tapi bagi cikit2 lar)hahaha…senyuman seseorang itu tidak menampakkan perasaan sebenar individu tersebut. Aku lalui semua itu di tahun ini, namun semua sudah berakhir Allah s.w.t telah merancang yang terbaik untuk aku, dengan hadirnya dia dalam hidup aku kini…dan senyuman ini kini tetap diukir setiap hari kerana ada dia di sisi(cewah XD)…percaya semua perkara yang terjadi ada hikmahnya dan aku percaya itu kini…alhamdulillah….

Akhir kata dari insan yang lemah ini…hati yang tenang datangnya dari akal yang sihat dan jiwa yang mantap yer…(renung-renungkan dan selamat beramal)-tiba2 ni hahaha

Budak-budak makan megi kari,
Nanti ada idea aku taip lagi…

p/s kelas tadi belajar buat pantun hahaha



Monday, September 24, 2012

#BercakapTentangJodoh


Assalamualaikum…..

Orang kata, macam mana kita nak jauhi jodoh dan perkara yang sewaktu dengannya itu amat sukar(kalau dia nak datang,datang juga), sebab perkara tu semua Allah s.w.t yang tentukan…
Aku tidak tergolong dalam apa jenis atau golongan buaya pun ok.. tapi Alhamdulillah, banyak yang telah aku lalui dan Allah s.w.t  akan tentukan yang terbaik untuk hamba-Nya.. kehadiran dia memberikan keceriaan kepada hari aku, tanpa dia sukar untuk aku jalani hidup di Hutan konkrit yang penuh dengan cabaran ini, terima kasih kepada dia sebab bagi kekuatan kepada aku, saat aku sibuk dengan kerja-kerja yang belambak, dan buat kami untuk jarang bersemuka.

p/s : saya tahu saya tak datang dengan semua pakej yang diingini oleh setiap wanita untuk menjadi teman mereka, tapi saya ada hati yang cantik dan fresh dagingnya..hanya untuk awak…saya sibuk, jarang ada masa dengan awak. Saya harap awak faham... tq

#sedar diri ini sibuk ok..hahaha…tak sabar untuk menamatkan sem ini.. =.=”

#I Wont Give Up On Us….
 Even if the skies get rough
 I’m giving you all my love
 I’m still looking up

That’s all for today… tata..titi…tutu.. J


#senyuman


Assalamualaikum….
Hehehe….akhirnya semua assignment aku telah diselesaikan dengan jayanya(tak yakin),  Cuma tinggal beberapa aktiviti sahaja lagi termasuklah UAK(Ujian Akhir Kursus) pada minggu depan dan Peperiksaan akhir semester….fuh memang kaw-kaw punya subjek sem ni…terutama bab Math(subjek paling di ‘sayangi’)
Bukan itu yang jadi topik untuk entry aku pada kali ini…..

Kalau tengok gambar, tak semua tahu disebalik setiap senyuman manusia itu menyembunyikan seribu cerita dan rahsia…itu FAKTA,  begitu juga dengan aku, hingga kini tak ada orang yang tahu bahawa di sebalik senyuman aku menyembunyikan kelaran-kelaran yang membuatkan hati aku hancur berkecai umpama cermin yang dibaling dengan batu(ber-jiwang nampaknya..hahaha)..ok, jujurnya Roommate aku jak yang tahu =.=”
But,
Life must go on….terima kasih kepada family, kawan-kawan, kerja yang banyak, aktiviti yang bertimbun. Aku dapat lupakan sedikit demi sedikit perkara lalu dan kini Alhamdulillah aku telah boleh berdiri dengan sendiri…kini hidup aku dijalankan seperti biasa, rutin harian seperti tidur, main game, buat assignment dan bermain bola dijalankan seperti biasa..(macam xda life jak kan??...hahaha )
Akhir kata(macam buat refleksi pulak =.=”) cintailah sungai kita…hahaha, ok serius balik..jangan anggap rakan kita yang paling rapat yang sentiasa tersenyum itu baik-baik sahaja. Sebenarnya, banyak perkara yang ingin dia ceritakan kepada anda, jadi pergi la sembang-sembang dengan mereka yang berkenaan(macam aku dengan roommate aku).

p/s : benda dah lama, untuk someone…awak adalah kini, esok dan selamanya..insyallah… I wont give up….

#bukan nak mengimbau cuma nak buat introduction untuk next entry hahaha XD

Sunday, September 16, 2012

Post Entry Paling Pendek

salam......

semua kerja dha siap, sila kawal emooooooosiiiiiii anda.....
saya dha kawal, dan jangan cabar saya...

#assignment belum lagi..ok.. tK